Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin

Sunday, May 24, 2009

PAS la ni



Pakteh bukak blog Uztaz Said dan terpampang berita ni:


"Datuk Dr. Harun Din di Seminar Kepimpinan Ulama, mengingatkan PAS supaya berwaspada dengan ‘musuh dalam selimut’."


Hehh, Pakteh tau lama dah. Sebenaqnya PAS dah lama tak berapa nak idup. Masa arwah tokwan Pakteh dulu lagi PAS dah tak berapa nak larat. Tapi mengenangkan tanggungjawab menegur kerajaan itu wajib dilaksanakan, maka para pemimpin PAS istiqamah dalam meneruskan tanggungjawab depa. Itu yang arwah tokwan bagitau Pakteh. Kalau PAS takdak, sapa nak tegur UMNO kalau UMNO tersilap buat keputusan?


Pasai tu dari dulu sampai la PAS tak pernah masuk PRU dalam semua kawasan aprlimen, atau lebih daripada 50%. Jauh sekali la 2/3 kerusi. Depa bukan nak tubuh kerajaan. Cuma nak bantu kerajaan- nasihat-menasihati.


Masa Ku Li bubarkan Semangat 46 dulu, berduyun-duyun orang S46 masuk UMNO. Tak percaya, tanya Husam. Sejak tu la perjuangan PAS ada nampak pelik sikit. Pelik sikit saja la. Bukanla banyak sangat.


Lepas tu, bila Anwar dipecat dan sebelum PKR ditubuhkan, separuh penyokong Anwar masuk PAS sebagai persediaan kot-kot kerajaan tak luluskan pendaftaran parti baru (PKR).


Ha, kali ni PAS bukan setakat berubah sikit-sikit. Pakteh tengok pun dah lain macam sungguh. Tak macam zaman tokwan Pakteh.
Ok la. Sembang, sembang jugak. Ni, Pakteh ada jual kicap, belacan, kuah rojak. Sapa berminat, email kat Pakteh.
Pakteh cari makan ja...


Pakteh harap pemimpin dan penyokong PAS tulen ambil perhatian amaran Dr Harun Din tu.

2 comments:

Cheguman May 25, 2009 at 6:37 AM  

Betul tu Pakteh. Ahli PAS yang tulen dengan perjuangan asal PAS sudah makin terpinggir. Itu yang membuatkan Nik Abduh melenting setelah lama memendam rasa.

Pak Menakan May 25, 2009 at 8:29 AM  

Kan Pakteh dah kata. Cheguman pun setuju dengan Pakteh.

Err.. Cheguman tak mau letak iklan minyak Morhabshi kat blog Pakteh ka? Pakteh offer, RM5 seminggu.

About This Blog

Blog Merapu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP