Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin

Sunday, May 31, 2009

PR sudah kalah di Penanti



Pakteh dapat maklumat bahawa sehingga jam 5 petang tadi cuma 7,149 pengundi telah buang undi. Peratusan keseluruhan yang keluaq mengundi cuma 46.48%. Tak sampai setengah! SPR janji keputusan akan dapat kita tau sekitar jam 8.00 malam ini kalu takdak aral. Pasai apa agaknya tak sampai setengah yang keluaq mengundi? Adakah DUN Penanti tak penting ? Atau pengundi fikir kalu depa tak mengundi pun, calon depa akan menang dengan sendirinya? Atau pengundi yang tak keluaq tu sebenaqnya penyokong UMNO-BN? Atau sekurang-kurangnya depa menyampah kat PR? Nampaknya PR sudah kalah di Penanti.

Nampaknya PR sudah kalah di Penanti.
,,,,,,,,,
(foto: my.pokernews.com)
Rupa-rupanya jika kita taip PKR dalam Yahoo, maka foto-foto yang keluar adalah berkaitan perjudian. Adakah satu kebetulan?).

Read more...

Saturday, May 30, 2009

Penanti setakat ini



Seramai 4,593 pengundi atau 29.86 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti sehingga 12 tengah hari tadi: BH 31/05: SPR


Mungkin masih awal. Lepas kenduri nanti mungkin depa baru nak pi ngundi kot. Apapun, Pakteh dapat SMS, puak PKR dah kelam kabut pi rumah pengundi ajak pi mengundi.


Pakteh tak mau komen banyak. Pakteh nak pi kenduri kat Jitra.

Read more...

DAP kurang ajaq

Nga Kor Ming telah mengumumkan bahawa tujuan diadakan mogok lapar adalah salah satu usaha untuk mendesak Sultan Perak supaya di bubarkan DUN Perak.

Bukan kurang ajaq ka tu?

Read more...

Thursday, May 28, 2009

PR kelam kabut


Blog depa tuleh...
“Kelihatan orang ramai bersesak-sesak ketika menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering dalam kawasan DUN Penanti semalam”

Pakteh tergelak sorang-sorang baca tulisan tu. Pakteh jumpa dalam blog http://shalehudin.blogspot.com/ Apa taknya, PR kata depa hebat sangat. Tapi Pakteh tengok, nak lawan calon bebas pun depa dah kelam kabut. Sampai Mursyidul Am PAS dan Penasihat PKR pun terpaksa turun padang nak pastikan depa menang.

Pakteh rasa DS Najib mesti gelak punya tengok kelakuan puak-puak PR bergaduh sama sendiri kat Penanti.

Mengenai ’orang ramai bersesak-sesak...’ tu, biasa la. Orang PR memang sentiasa sesak. Kalu tak sesak, tu bukan pembangkang namanya.

Pakteh tengok, bulan Jun ni Anwar lagi sesak! Huiii... dah dekat 1 Julai. Mampuih Pak Seikh!
(Kepada yang dah 'order' tapi belum terima Kopi Tongkat Ali sila hubungi Pakteh segera).

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

Pungkoq AKA punggung



Hari ni Khamis, bagi orang Islam memang elok la puasa sunat. Pakteh tak puasa hari ni pasai tengahari ni ada kenduri sikit. Kelmarin lagi depa dah bagitau, jadi tak elok la kalau kita tak meraikan.


Pakteh dengaq, ramai yang puasa hari ni. Yang tak pernah puasapun cuba puasa. Yang tak berapa cukup puasa wajib pun tumpang puasa dah masuk hari ke 3.


Bab puasa ni, kita kena perbetoi niat kita. Jangan sebab dek DAP ajak mogok, kitapun ikut sama. Bukan tak boleh sokong orang bukan Islam tapi kena tengok gaya sama. Kalau tindakan depa menguntungkan ummat Islam, takpa la. Macamana kalu tindakan depa merugikan ummat Islam?


Bagi Pakteh, kita ikut saja fatwa mufti dan bekas mufti yang melarang kita mogok. Kalu nak puasa, buat cara yang betoi. Jangan PUASA + MOGOK, nanti jadi PUNGKOQ.


Pakteh mintak maaf, no... Seperti biasa, sebagaimana blog albanjari jugak, Pakteh nak buat iklan sikit. Sapa nak ubat bagi keras k**e sila hubungi Pakteh segera. Dengaq cerita, YB PAS kat Kelantan yang bercerai dengan bini muda dia hari tu pun pakai minyak ni. Pasai tu yang nak tambah lagi satu tu.

Read more...

Monday, May 25, 2009

Orang Politik



Pakteh meluat sungguh tengok ahli-ahli politik la ni. Buka ja blog pagi ni, terpampang macam-macam cerita. Ada isu calon bebas di Penanti ditawarkan rasuah oleh PKR. Ada isu anak wakil rakyat UMNO di Kelantan ambik dadah. Ada isu adik ipar YB PAS di Kelantan kahwin 3 bulan terus dapat anak. Ada wakil rakyat PAS di Kedah buat tuntutan sampai 100 ribu lebih. Ada TKMII Penang sokong pengganas.

Pakteh tak larat nak komen semua. Cuma Pakteh tak berapa nak percaya PKR sanggup bagi rasuah kat calon bebas tu. Bukan ka perjuangan utama PKR ialah untuk hapuskan rasuah? Lagipun, Penanti tu depa konfeden boleh menang. Tapi mungkin depa cuma konfiden menang kalau lawan dengan UMNO. Kak Min tu bekas orang kuat depa sendiri. Maklum la. Kata orang tua-tua, kalau nak tebang pokok besaq, baji besi saja tak boleh pakai. Kena ambik dahan buat ulu baji tu, baru boleh balun kat perdu sampai rebah pokok tu.

Kalau ikutkan, Anwar pernah cuba pujuk 30 orang BN lompat parti tahun lepas. Susah jugak la Pakteh tak mau percaya. Baru-baru ni Anifah Aman pun kata dia pernah ditawarkan jawatan TPM asalkan setuju join PKR.

Sebut pasai jawatan TPM ni, Pakteh dengaq ramai jugak yang ditawarkan janji untuk jadi TPM kalau Anwar jadi PM. Meriah sungguh la Malaysia kalau Anwar jadi PM. Kita akan dapat 7-8 orang TPM.

Pakteh letih la macam ni… Hari ni Pakteh tak juai apa-apa. Tapi sapa nak ikan bilis, ada la sikit lagi. Macam biasa, no...

Read more...

Sunday, May 24, 2009

PAS la ni



Pakteh bukak blog Uztaz Said dan terpampang berita ni:


"Datuk Dr. Harun Din di Seminar Kepimpinan Ulama, mengingatkan PAS supaya berwaspada dengan ‘musuh dalam selimut’."


Hehh, Pakteh tau lama dah. Sebenaqnya PAS dah lama tak berapa nak idup. Masa arwah tokwan Pakteh dulu lagi PAS dah tak berapa nak larat. Tapi mengenangkan tanggungjawab menegur kerajaan itu wajib dilaksanakan, maka para pemimpin PAS istiqamah dalam meneruskan tanggungjawab depa. Itu yang arwah tokwan bagitau Pakteh. Kalau PAS takdak, sapa nak tegur UMNO kalau UMNO tersilap buat keputusan?


Pasai tu dari dulu sampai la PAS tak pernah masuk PRU dalam semua kawasan aprlimen, atau lebih daripada 50%. Jauh sekali la 2/3 kerusi. Depa bukan nak tubuh kerajaan. Cuma nak bantu kerajaan- nasihat-menasihati.


Masa Ku Li bubarkan Semangat 46 dulu, berduyun-duyun orang S46 masuk UMNO. Tak percaya, tanya Husam. Sejak tu la perjuangan PAS ada nampak pelik sikit. Pelik sikit saja la. Bukanla banyak sangat.


Lepas tu, bila Anwar dipecat dan sebelum PKR ditubuhkan, separuh penyokong Anwar masuk PAS sebagai persediaan kot-kot kerajaan tak luluskan pendaftaran parti baru (PKR).


Ha, kali ni PAS bukan setakat berubah sikit-sikit. Pakteh tengok pun dah lain macam sungguh. Tak macam zaman tokwan Pakteh.
Ok la. Sembang, sembang jugak. Ni, Pakteh ada jual kicap, belacan, kuah rojak. Sapa berminat, email kat Pakteh.
Pakteh cari makan ja...


Pakteh harap pemimpin dan penyokong PAS tulen ambil perhatian amaran Dr Harun Din tu.

Read more...

Wednesday, May 20, 2009

Sapa untung kat Perak?



Pakteh pening sungguh tengok huru-hara di Perak ni. Ada yang kata kena bubar DUN, konon nak bagi semula hak pada rakyat.

Pakteh nak tanya: rakyat yang mana? rakyat bangsa Melayu ka yang bukan Melayu?

Orang Melayu la ni dah pecah 2-3. Buat la pilihanraya apa pun, hanya calon yang menguntungkan kaum bukan Melayu saja yang akan menang.

Tengok, apa dah jadi dengan Perak? Kalau ikutkan, orang Melayu nakkan UMNO-BN memerintah. Yang celakanya, orang bukan Melayu tak mau lagi kat MCA dan Gerakan pasai merugikan puak depa.

Tengok realiti politik di Perak:

Dalam PRU 12, rakyat Perak telah membuat keputusan seperti berikut:
UMNO: 27 kerusi
DAP: 19 kerusi
PAS: 6 kerusi
PKR: 4 kerusi
MCA: 1 kerusi

Hampa pikiaq la sendiri..!

Sementara tu, ni Pakteh ada juai ikan kering sikit. Sepat benua ada, sepat ronggeng ada. Sapa nak beli boleh email kat Pakteh.

Ala... jangan ambik ati la apa yang Pakteh tulis tadi. Yang penting, Pakteh nak meniaga aja...

Read more...

Cubaan Menipu



Pakteh jengok blog al-banjari tadi. Lawak... lawak...

Konon-konon nak bodek sultan. Depa pun kutip la cerita Hang Tuah & Hang Jebat dari wikipedia, bubuh dalam blog depa macam biasa. Macam biasa tu maknanya 'copy & paste' la.

Dasar penyapu lidi, depa bubuh la ayat 'raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah'.

Pakteh heran sungguh. Teks mana ntah yang depa bukak? Muka surat berapa depa jumpa ayat tu?

Sebenaqnya depa dok mamai. Depa tak boleh beza kesah Hang Tuah dalam Salalatus Salatin dengan cerita Hang Tuah dalam filem.

Tu yang depa dok merapu tu....

Read more...

Ahlan wa sahlan

Ha... mai sini Pak Menakan hampa nak cerita sikit.

Pakteh bukannya tau sangat pasal blog goblog ni. Baru-baru ni anak menakan Pakteh yang duduk di KL tu tunjuk kat Pakteh blog kawan dia. Pakteh bukan la buta sangat pasai komputer ni. Pakteh ingat lagi sejak tahun 1999 dulu lamanweb ni dah jenuh Pakteh rayau.

Masa tu blogspot takdak lagi kot. Anak menakan Paktehpun dok sekolah lagi. Masa tu Pakteh dah ada web sendiri. Tumpang kat geocities.com.

Kita balik kat cerita asai tadi.

Blog kawan anak menakan Pakteh tu, nama dia al-banjari online. Pakteh belek-belek, tak la susah sangat nak buat blog ni. Kalu dia boleh tarik sampai berjuta orang, Pakteh ingat Pakteh pun buleh buat macam dia.

Pasai tu Pakteh pakai nama ’al-banjiri online’ ni. Dekat nak sama dengan nama blog depa. Boleh kot?

Pakteh tengok blog depa bukan ada apa pun. Buat cerita lawak, tunjuk gambaq pelik-pelik sikit, masukkan cerita sensasi. Orang ramai suka la macam tu.

Pakteh tanya anak menakan Pakteh tu: "Blog ni nak buat apa?"

"Aik, Pakteh tak tau ka? Generasi la ni tak mau baca paper lama dah. Depa suka baca blog." kata anak menakan Pakteh tu.

”Tu, kat atas, tepi, bawah blog tu gambaq apa? Macam iklan aja?” tanya Pakteh. Pelik juga Pakteh tengok blog tu penuh dengan jenama produk.

”Memang la iklan. Kalu dak, depa nak dapat duit daripada mana? Anak bini depa pun nak makan jugak!” jawab anak menakan Pakteh.

”Ooo...”

Read more...

About This Blog

Blog Merapu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP