Sunday, May 31, 2009
Saturday, May 30, 2009
Penanti setakat ini
DAP kurang ajaq
Nga Kor Ming telah mengumumkan bahawa tujuan diadakan mogok lapar adalah salah satu usaha untuk mendesak Sultan Perak supaya di bubarkan DUN Perak.
Bukan kurang ajaq ka tu?
Thursday, May 28, 2009
PR kelam kabut
Pakteh tergelak sorang-sorang baca tulisan tu. Pakteh jumpa dalam blog http://shalehudin.blogspot.com/ Apa taknya, PR kata depa hebat sangat. Tapi Pakteh tengok, nak lawan calon bebas pun depa dah kelam kabut. Sampai Mursyidul Am PAS dan Penasihat PKR pun terpaksa turun padang nak pastikan depa menang.
Pakteh rasa DS Najib mesti gelak punya tengok kelakuan puak-puak PR bergaduh sama sendiri kat Penanti.
Mengenai ’orang ramai bersesak-sesak...’ tu, biasa la. Orang PR memang sentiasa sesak. Kalu tak sesak, tu bukan pembangkang namanya.
Pakteh tengok, bulan Jun ni Anwar lagi sesak! Huiii... dah dekat 1 Julai. Mampuih Pak Seikh!
Wednesday, May 27, 2009
Pungkoq AKA punggung
Monday, May 25, 2009
Orang Politik
Pakteh tak larat nak komen semua. Cuma Pakteh tak berapa nak percaya PKR sanggup bagi rasuah kat calon bebas tu. Bukan ka perjuangan utama PKR ialah untuk hapuskan rasuah? Lagipun, Penanti tu depa konfeden boleh menang. Tapi mungkin depa cuma konfiden menang kalau lawan dengan UMNO. Kak Min tu bekas orang kuat depa sendiri. Maklum la. Kata orang tua-tua, kalau nak tebang pokok besaq, baji besi saja tak boleh pakai. Kena ambik dahan buat ulu baji tu, baru boleh balun kat perdu sampai rebah pokok tu.
Kalau ikutkan, Anwar pernah cuba pujuk 30 orang BN lompat parti tahun lepas. Susah jugak la Pakteh tak mau percaya. Baru-baru ni Anifah Aman pun kata dia pernah ditawarkan jawatan TPM asalkan setuju join PKR.
Sebut pasai jawatan TPM ni, Pakteh dengaq ramai jugak yang ditawarkan janji untuk jadi TPM kalau Anwar jadi PM. Meriah sungguh la Malaysia kalau Anwar jadi PM. Kita akan dapat 7-8 orang TPM.
Pakteh letih la macam ni… Hari ni Pakteh tak juai apa-apa. Tapi sapa nak ikan bilis, ada la sikit lagi. Macam biasa, no...
Sunday, May 24, 2009
PAS la ni
Wednesday, May 20, 2009
Sapa untung kat Perak?
Pakteh nak tanya: rakyat yang mana? rakyat bangsa Melayu ka yang bukan Melayu?
Orang Melayu la ni dah pecah 2-3. Buat la pilihanraya apa pun, hanya calon yang menguntungkan kaum bukan Melayu saja yang akan menang.
Tengok, apa dah jadi dengan Perak? Kalau ikutkan, orang Melayu nakkan UMNO-BN memerintah. Yang celakanya, orang bukan Melayu tak mau lagi kat MCA dan Gerakan pasai merugikan puak depa.
Tengok realiti politik di Perak:
Dalam PRU 12, rakyat Perak telah membuat keputusan seperti berikut:
UMNO: 27 kerusi
DAP: 19 kerusi
PAS: 6 kerusi
PKR: 4 kerusi
MCA: 1 kerusi
Hampa pikiaq la sendiri..!
Sementara tu, ni Pakteh ada juai ikan kering sikit. Sepat benua ada, sepat ronggeng ada. Sapa nak beli boleh email kat Pakteh.
Ala... jangan ambik ati la apa yang Pakteh tulis tadi. Yang penting, Pakteh nak meniaga aja...
Cubaan Menipu
Konon-konon nak bodek sultan. Depa pun kutip la cerita Hang Tuah & Hang Jebat dari wikipedia, bubuh dalam blog depa macam biasa. Macam biasa tu maknanya 'copy & paste' la.
Dasar penyapu lidi, depa bubuh la ayat 'raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah'.
Pakteh heran sungguh. Teks mana ntah yang depa bukak? Muka surat berapa depa jumpa ayat tu?
Sebenaqnya depa dok mamai. Depa tak boleh beza kesah Hang Tuah dalam Salalatus Salatin dengan cerita Hang Tuah dalam filem.
Tu yang depa dok merapu tu....
Ahlan wa sahlan
Ha... mai sini Pak Menakan hampa nak cerita sikit.
Pakteh bukannya tau sangat pasal blog goblog ni. Baru-baru ni anak menakan Pakteh yang duduk di KL tu tunjuk kat Pakteh blog kawan dia. Pakteh bukan la buta sangat pasai komputer ni. Pakteh ingat lagi sejak tahun 1999 dulu lamanweb ni dah jenuh Pakteh rayau.
Masa tu blogspot takdak lagi kot. Anak menakan Paktehpun dok sekolah lagi. Masa tu Pakteh dah ada web sendiri. Tumpang kat geocities.com.
Kita balik kat cerita asai tadi.
Blog kawan anak menakan Pakteh tu, nama dia al-banjari online. Pakteh belek-belek, tak la susah sangat nak buat blog ni. Kalu dia boleh tarik sampai berjuta orang, Pakteh ingat Pakteh pun buleh buat macam dia.
Pasai tu Pakteh pakai nama ’al-banjiri online’ ni. Dekat nak sama dengan nama blog depa. Boleh kot?
Pakteh tengok blog depa bukan ada apa pun. Buat cerita lawak, tunjuk gambaq pelik-pelik sikit, masukkan cerita sensasi. Orang ramai suka la macam tu.
Pakteh tanya anak menakan Pakteh tu: "Blog ni nak buat apa?"
"Aik, Pakteh tak tau ka? Generasi la ni tak mau baca paper lama dah. Depa suka baca blog." kata anak menakan Pakteh tu.
”Tu, kat atas, tepi, bawah blog tu gambaq apa? Macam iklan aja?” tanya Pakteh. Pelik juga Pakteh tengok blog tu penuh dengan jenama produk.
”Memang la iklan. Kalu dak, depa nak dapat duit daripada mana? Anak bini depa pun nak makan jugak!” jawab anak menakan Pakteh.
”Ooo...”